Selamat Datang!

Assalammualaikum kepada para pengunjung Butik Hantaran.

Butik Hantaran ialah sebuah butik maya yang mempamerkan gubahan hantaran citarasa kini. Butik Hantaran juga merupakan blog yang mengkhusus kepada barangan hantaran, cenderahati & servis menggubah .

Silalah layari laman ini dan jika ada yang berkenan dihati, terus sahaja hubungi saya =)

Segala maklumat penting berada di bawah ini di mana ianya merangkumi kategori, prosedur & syarat-syarat tempahan serta cara untuk menghubungi saya sekiranya anda punyai pertanyaan atau tempahan.

Untuk menyenangkan pencarian anda, sila lihat pada Kategori:-

Aksesori Hantaran = bekas potpuri, cenderahati, dan segala berkaitan tentang barangan hantaran.

Coret-coret Hantaran = nukilan tuanpunya blog.

Tema = anda akan melihat lebih banyak tema yg menjurus kepada warna/trend terkini.

Series Collection = anda juga akan melihat lebih banyak collection sebegini dan ianya mempunyai availability yang terhad.

Kategori akan bercambah dari masa ke semasa.

Anda juga digalakkan untuk memberi komen, tapi biarlah berhemah ya?

Happy browsing ladies!

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat tempahan

1) Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh majlis atau tarikh kutipan/penghantaran.

2) Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan (comfirmation of booking). Jikalau tempahan dibatalkan oleh pelanggan, deposit 50% ini tidak akan dipulangkan.

3) Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran atau semasa kutipan barang2 hantaran.

4) Segala bayaran hendaklah dibuat kepada akaun MBB atau akaun Public (butiran akan diberitahu secara personal)

5) Sila email atau sms nama penuh, alamat, no. tel & bukti pembayaran kepada butikhantaran@yahoo.com setelah bayaran dibuat.

6) Segala barangan yg dijual adalah non-returnable/non-refundable / non-exhangeable.

7) Harga tidak termasuk kos penghantaran kerana ia bergantung kepada berat & saiz barang tersebut. Untuk mengetahui harga penghantaran POS LAJU sila layari laman ini: http://www.pos.com.my/WebsiteBM/main2.asp?C=/V1/PosLaju/EMSSOLUTIONS/Samedaydelivery.htm

8) Gubahan hantaran digalakkan untuk ambil sendiri (self collect) di Kelana Jaya manakala barang aksesori hantaran pula ada dua cara samada menggunakan Pos Laju ataupun self-collect.

Hubungi Kami untuk Pertanyaan / Tempahan


+ Kak Sham: 016-6352139
+ Email: butikhantaran@yahoo.com
+ YM ID: wacky_sista (anak saya-syareena)

Wednesday, November 11, 2009

Hantaran Pink / Silver







Design hantaran terbaru kombinasi warna pink dan silver. Sila hubungi Kak Sham untuk quotation harga =D

Tuesday, February 24, 2009

Rental Bekas Cincin


Rental Bekas Cincin hanya RM 25



Cepat jangan ketinggalan!

Bayaran: 100% harga rental bila datang collect + RM50 duit deposit. Deposit akan dipulangkan jika barang di hantar balik dalam keadaan baik.

-SOLD-

Tuesday, February 3, 2009

Pakej Hantaran Ekonomi 2009

*sila klik pada gambar untuk memperbesarkan imej*

Assalamualaikum! =)

Tengah fikir tentang hantaran?

Anda mahu menempah hantaran?

Lebih suka menyewa daripada membeli kerana takut membazir?

Mahu pakej yang sesuai dengan ekonomi anda?

Ingin rekaan moden & molek?

Sila hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut tentang Pakej Hantaran Ekonomi 2009 kami!

Email: butikhantaran@yahoo.com
Tel: 017 2320855 (pada waktu pejabat sila sms sahaja, panggilan boleh di buat pada waktu malam - Syareena)

Monday, February 2, 2009

Hantaran Pink / Hitam

Assalamualaikum semua...

Setelah sekian lama saya menangguh untuk mempamerkan hantaran gabungan warna pink dan hitam ini maka hari ini saya berkesempatan untuk memblog. Hantaran ini di buat atas permintaan sepupu saya untuk majlis pertunangannya. Gabungan warna yang moden dan berani. Harapnya makin banyak trend warna sebegini akan muncul.

Monday, January 5, 2009

Hantaran Ungu

Tema warna ungu memang sungguh popular pada tahun 2008. Apa agaknya warna yang bakal popular tahun ini pula? Saya menjangkakan warna pink, orange & hitam bakal menjadi pilihan ramai. Apa kata anda? =)

Hantaran ini dibuat di atas permintaan Emelia sempena majlis pernikahan beliau. Tatapi hasil kerjatangan kami..~

Saturday, January 3, 2009

Hantaran Merah + Coklat

Hello semua!

Selamat Tahun Baru kepada anda. Semoga Butik Hantaran dapat menambat hati lebih ramai orang pada tahun ini *hehe*

Okay cukup dengan itu. Sekarang saya mahu memaparkan hantaran kombinasi warna merah & coklat yang dibuat sempena majlis pertunangan Kak Linda.

Ada lima hantaran kesemuanya. Yang berupa kotak anyaman itu untuk baju, bekas coklat itu untuk buah-buahan, yang belakang seperti balang itu untuk sweets, bekas cincin dan potpuri. Maaf lah kualiti gambar kurang memuaskan dan pula diambil dalam tergesa-gesa.

Butterfly Bijou sebagai bekas potpuri. Sweet sangat~!

Bekas untuk buah-buahan

Bekas untuk persalinan baju

Bekas cincin

Kesemua ini buat lebih kurang 3 hari sebab beliau buat permintaan last minute. Kami buat jugalah walaupun masa itu amat sibuk dengan 3 hantaran yang lain. Harapnya beliau berpuas hati =)

Untuk tempahan gubahan hantaran, sila lah hubungi kami =D
Untuk carian Butterfly Bijou, sila klik di kategori "Bijou Series Collection"

-Syareena-

Tuesday, December 16, 2008

Hantaran Bunga Stokin Coklat+Krim

Hi semua!

Seperti dijanjikan, berikut ialah hantaran pihak lelaki pula. Rona warna yang dipilih ialah kombinasi coklat dan krim lembut. Kali ini bunga stokin yang jenis menjalar merupakan daya penarik utama untuk menyerikan hantaran.

Pengantin lelaki - Konsep: Sweet & Simple, Warna Tema: Coklat+Krim Lembut

Hantaran Perfume


Hantaran Potpuri


Hantaran Skincare


Hantaran Telekung



Hantaran Baju Persalinan


Hantaran Kasut

Jika mahu menempah gubahan yang sebegini atau ingin melihat lebih banyak gambar, sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan =)

-Syareena-

Older Posts